Jumaat, 25 Mei 2012

Program Motivasi DUN Saribas

Debak - SK Datuk Bandar, Sabtu, 26 Mei 2012, Program Motivasi anjuran Kelab Ikatan Anak Saribas (KIAS) yang melibatkan murid-murid bersama ibu bapa sekolah-sekolah rendah kawasan DUN Saribas telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Jawatankuasa KIAS telah menjemput pakar motivasi dari Kuching, En. Awg. Kushardi Awg. Putra bagi mengendalikan program tersebut. Menurut Setiausaha Kehormat KIAS, En. Adi Hj. Spaiee di antara objektif program ini ialah memberi kesedaran kepada pelajar, pentingnya perubahan sikap untuk menjamin. kecemerlangan diri, demi masa depan dan kehidupan yang selesa dan sempurna. Ia juga membangkitkan kesedaran pelajar bahawa belajar adalah amalan dalam kehidupan harian dan ianya tiada noktah terakhir. Ilmu tidak boleh dipisahkan dengan belajar. Di samping itu  pelajar diajar bagaimana memperkukuhkan keyakinan diri, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dan membaiki kelemahan diri sebagai kekuatan diri untuk mencapai kecemerlangan diri. Program ini juga memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan merestui mereka dalam menimba ilmu pengetahuan. Program ini telah mendapat dana daripada YB Mohd. Razi bin Sitam, ADUN N.30 Saribas.









1 ulasan: