Jumaat, 25 Mei 2012

Program Motivasi DUN Saribas

Debak - SK Datuk Bandar, Sabtu, 26 Mei 2012, Program Motivasi anjuran Kelab Ikatan Anak Saribas (KIAS) yang melibatkan murid-murid bersama ibu bapa sekolah-sekolah rendah kawasan DUN Saribas telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Jawatankuasa KIAS telah menjemput pakar motivasi dari Kuching, En. Awg. Kushardi Awg. Putra bagi mengendalikan program tersebut. Menurut Setiausaha Kehormat KIAS, En. Adi Hj. Spaiee di antara objektif program ini ialah memberi kesedaran kepada pelajar, pentingnya perubahan sikap untuk menjamin. kecemerlangan diri, demi masa depan dan kehidupan yang selesa dan sempurna. Ia juga membangkitkan kesedaran pelajar bahawa belajar adalah amalan dalam kehidupan harian dan ianya tiada noktah terakhir. Ilmu tidak boleh dipisahkan dengan belajar. Di samping itu  pelajar diajar bagaimana memperkukuhkan keyakinan diri, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dan membaiki kelemahan diri sebagai kekuatan diri untuk mencapai kecemerlangan diri. Program ini juga memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan merestui mereka dalam menimba ilmu pengetahuan. Program ini telah mendapat dana daripada YB Mohd. Razi bin Sitam, ADUN N.30 Saribas.









Khamis, 17 Mei 2012

Program Motivasi


Program motivasi "Perubahan Sikap dan Kecemerlangan Diri" anjuran KIAS akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mei 2012 bertempat di SK Datuk Bandar Debak. Program motivasi ini melibatkan murid-murid dan ibu bapa sekolah-sekolah dalam kawasan N.30 Saribas. Pakar Motivasi dari Kuching dijemput bagi mengendalikan program ini. Pengangguhan rasmi program ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat En. Mohd. Razi bin Sitam, Ahli Undangan Negeri N.30 Saribas.

JAWATANKUASA INDUK KIAS

PENASIHAT
YB Encik Mohd. Razi bin Sitam
 PENGERUSI
En. Morsidi@Bohari bin Sat
 NAIB PENGERUSI
Pn. Rabia bt. Hj. Andom
 SETIAUSAHA KEHORMAT
En. Adi b. Hj. Spaiee
 TIMBALAN SETIAUSAHA KEHORMAT
Cik Khadijah bt. Hj. Hossain
 BENDAHARI KEHORMAT
Pn. Norhayati bt. Abdullah
AHLI-AHLI 
En. Anis bin Madeli 
 Tn. Hj, Salleh bin Hj. Ismail
En. Uding Chungak
En. Zainal bin Isa
En. Willington Mujah
 En. Zahari bin Aen 
En. Syahrum bin Jais
Abg. Abd. Ghani Abg. Zainal

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM MOTIVASI
URUSETIA 
En. Zainal bin Isa
En. Willington Mujah
PROTOKOL 
En. Anis bin Madeli
Tn. Hj. Salleh bin Hj. Ismail
En. Uding ak Chungak
Pn. Rabia bt. Hj. Andom
JURUACARA 
Cik Sarimah bt. Hj. Mentaim
SIARAYA & LOGISTIK 
Awg. Syahrizan Awg. Dzulkarnain
En.Zahari bin Aen
En. Syahrum bin Jais 
SIJIL & CENDERAHATI 
En. Morsidi@Bohari bin Sat
En. Adi bin Hj. Spaiee
KELENGKAPAN DEWAN 
En. Bahron bin Rosli
Abg. Zemi bin Abg. Amban
En. Nawi bin Ibe
JAMUAN MAKAN & MINUM 
Pn. Norhayati bt. Abdullah
Cik Khadijah bt. Hj. Hossain
Abg. Abd. Kadir b. Abg. Rabaie 
Abg. Abd. Ghani b. Abg. Zainal
JEMPUTAN 
En. Adi bin Hj. Spaiee
Cik Khadijah bt. Hj. Hossain

ATURCARA “MAJLIS PERASMIAN & PENANGGUHAN RASMI 
PROGRAM MOTIVASI 
[SABTU, 26 MEI 2012]

          2.00 petang     :     Murid dan Ibu Bapa mengambil tempat duduk
          2.30 petang     :     Ketibaan YB. Encik Mohd. Razi bin Sitam
                                          ADUN N.30, SARIBAS

                                     :    Ucapan Alu-aluan oleh:
                                          En. Morsidi@Bohari bin Sat
                                          Pengerusi Kelab Ikatan Anak Saribas (KIAS)

                                     :    Ucapan Perasmian & Penangguhan Rasmi
                                          YB. Encik Mohd. Razi bin Sitam
                                          ADUN N.30, SARIBAS

                                     :    Penyampaian Cenderahati  
                    
                                     :    Jamuan

                                     :    Majlis Bersurai

Selasa, 15 Mei 2012

Permohonan Menjadi Ahli KIAS

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan dan saudara saudari yang dihormati sekalian. Jawatankuasa KIAS memperlawa kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai KIAS dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Segala kemusykilan sila hubungi Ahli Jawatankuasa Induk.


Fasal 5: Keahlian

5.1   Kategori (jenis) ahli KIAS:

5.1.1  KIAS menawarkan tiga (3) jenis keahlian:

(a)  Ahli Elite,

(b)  Ahli Setia, dan

(c)  Ahli Patriot

5.2   Kelayakan dan syarat-syarat memohon sebagai ahli

5.2.1  Permohonan sebagai ahli Elite

(a)    Berasal (lahir) dari kawasan DUN Saribas, atau bermastautin ataupun berkhidmat dalam kawasan DUN Saribas,

(b)    Terdiri daripada golongan berkelulusan profesional dan tidak (bukan ahli atau pemegang jawatan)  terikat dengan mana-mana parti politik di Malaysia,

(c)    Mempunyai rekod yang bersih iaitu tidak muflis, bebas dari rasuah, tidak pernah dipenjara atau didenda atas sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah sivil dan syariah,

(d)    Bukan penagih, menyalahguna atau pengedar dadah,

(e)    Menandatangani surat akujanji untuk taat setia sepanjang masa kepada KIAS,

(f)     Boleh menghadiri mesyuarat agung, layak mengundi tetapi tidak dibolehkan untuk bertanding atau memegang apa-apa juga jawatan dalam KIAS,

(g)    Bersedia untuk berkhidmat secara sukarela sebagai perundingcara, pemudahcara (fasilitator) dan panel untuk program diskusi, seminar, bengkel, forum, simposium serta kolokium anjuran KIAS,

(h)    Status keahlian adalah sepanjang hayat (atau sehingga ahli me-mohon untuk berhenti ataupun diberhentikan kerana tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib), dan

(i)     Jika permohonan diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk, pemohon dikehendaki untuk membayar yuran seperti berikut:

                                 i.   Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00, dan

                                ii.   Yuran keahlian sebanyak RM500.00.

5.2.2  Permohonan sebagai ahli Setia (Sepanjang Hayat)

(a)    Dipelawa kepada pemastautin yang berasal (lahir) dalam kawasan persempadanan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas,

(b)    Pemastautin yang sedang berkhidmat dalam kawasan DUN Saribas selama tidak kurang daripada tempoh 5 tahun,

(c)    Berumur 23 tahun dan ke atas,

(d)    Tidak berdaftar atau bukan ahli berdaftar mana-mana pertubuhan parti politik di Malaysia,

(e)    Mempunyai rekod yang bersih iaitu tidak muflis, bebas dari rasuah, tidak pernah dipenjara atau didenda atas sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah sivil dan syariah,


(f)     Bukan penagih, menyalahguna atau pengedar dadah,

(g)    Menandatangani surat akujanji untuk taat setia sepanjang masa kepada KIAS,

(h)    Hanya layak memohon setelah genap dua (2) tahun sebagai ahli Patriot,

(i)     Boleh menghadiri mesyuarat agung, layak mengundi, dibolehkan untuk bertanding atau memegang apa-apa juga jawatan dalam KIAS,

(j)     Status keahlian ialah sepanjang hayat (atau sehingga ahli memohon untuk berhenti ataupun diberhentikan kerana tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib), dan

(k)    Jika permohonan diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk, pemohon dikehendaki untuk membayar yuran seperti berikut:

                                 i.   Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 dan

                                ii.   Yuran keahlian sebanyak RM360.00.


5.2.3  Permohonan sebagai ahli Patriot

(a)    Dipelawa kepada pemastautin yang berasal (lahir) dalam kawasan persempadanan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas,

(b)    Pemastautin yang sedang berkhidmat dalam kawasan DUN Saribas selama tidak kurang daripada tempoh 3 tahun,

(c)    Berumur 21 tahun dan ke atas,

(d)    Tidak berdaftar atau bukan ahli berdaftar mana-mana pertubuhan parti politik di Malaysia,

(e)    Mempunyai rekod yang bersih iaitu tidak muflis, bebas dari rasuah, tidak pernah dipenjara atau didenda atas sebarang sabit kesalahan jenayah oleh mahkamah sivil dan syariah,Folded Corner: 6 

(f)     Bukan penagih, menyalahguna atau pengedar dadah,

(g)    Menandatangani surat akujanji untuk taat setia sepanjang masa kepada KIAS,

(h)    Boleh menghadiri mesyuarat agung, layak mengundi,  dibolehkan untuk bertanding atau memegang apa-apa juga jawatan dalam KIAS setelah dua (2) tahun sah menjadi ahli,

(i)      Status keahlian adalah tetap selagi ahli membayar sumbangan tahunan (atau ahli memohon untuk berhenti ataupun diberhenti-kan kerana tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib), dan

(j)      Jika permohonan diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk, pemohon dikehendaki untuk membayar yuran seperti berikut:

                                 i.   Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00, dan

                                ii.   Sumbangan tahunan sebanyak RM12.00 setahun dan perlu bayar setiap 1 Januari.


5.3   Prosedur Pemohonan Sebagai Ahli

5.3.1  Borang permohonan (KIAS:ESP.2011) boleh didapati daripada Setiausaha Kehormat, dan pemohon perlu membayar RM2.00 untuk setiap borang,

5.3.2  Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 (dua) orang ahli dan dikemukakan dan diserah kepada Setiausaha Kehormat bersama bayaran yuran pendaftaran dalam bentuk tunai mengikut kategori ahli (bayaran melalui cek, bank draf ataupun bon tidak dibenarkan),

5.3.3  Manakala yuran keahlian dan sumbangan tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu di dalam masa 14 (empat belas) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan,

5.3.4  Jawatankuasa boleh melulus atau berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi alasan melalui mesyuarat jawatankuasa setelah proses saringan ataupun tapisan kesahihan, dan

5.3.5  Keputusan pemohonan sebagai ahli akan dikeluarkan oleh Jawatan-kuasa Induk dalam tempoh 30 hari tarikh permohonan.