Assalamualaikum
dan Salam 1 Malaysia buat rakan-rakan dan saudara saudari yang dihormati
sekalian. Jawatankuasa KIAS memperlawa kepada sesiapa yang berminat untuk
menyertai KIAS dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Segala
kemusykilan sila hubungi Ahli Jawatankuasa Induk.
Fasal
5: Keahlian
5.1 Kategori
(jenis) ahli KIAS:
5.1.1 KIAS menawarkan tiga (3) jenis keahlian:
(a) Ahli Elite,
(b) Ahli Setia,
dan
(c) Ahli Patriot
5.2 Kelayakan
dan syarat-syarat memohon sebagai ahli
5.2.1 Permohonan
sebagai ahli Elite
(a)
Berasal
(lahir) dari kawasan DUN Saribas, atau bermastautin ataupun berkhidmat dalam
kawasan DUN Saribas,
(b)
Terdiri
daripada golongan berkelulusan profesional dan tidak (bukan ahli atau pemegang
jawatan) terikat dengan mana-mana parti
politik di Malaysia,
(c)
Mempunyai
rekod yang bersih iaitu tidak muflis, bebas dari rasuah, tidak pernah dipenjara
atau didenda atas sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah sivil dan syariah,
(d)
Bukan
penagih, menyalahguna atau pengedar dadah,
(e)
Menandatangani
surat akujanji untuk taat setia sepanjang masa kepada KIAS,
(f)
Boleh
menghadiri mesyuarat agung, layak mengundi tetapi tidak dibolehkan untuk
bertanding atau memegang apa-apa juga jawatan dalam KIAS,
(g)
Bersedia
untuk berkhidmat secara sukarela sebagai perundingcara, pemudahcara
(fasilitator) dan panel untuk program diskusi, seminar, bengkel, forum,
simposium serta kolokium anjuran KIAS,
(h)
Status
keahlian adalah sepanjang hayat (atau sehingga ahli me-mohon untuk berhenti
ataupun diberhentikan kerana tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin dan
Tatatertib), dan
(i)
Jika
permohonan diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk, pemohon dikehendaki
untuk membayar yuran seperti berikut:
i. Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00, dan
ii. Yuran keahlian sebanyak RM500.00.
5.2.2 Permohonan
sebagai ahli Setia (Sepanjang Hayat)
(a)
Dipelawa kepada pemastautin yang
berasal (lahir) dalam kawasan persempadanan pilihanraya Dewan Undangan Negeri
(DUN) Saribas,
(b)
Pemastautin yang sedang
berkhidmat dalam kawasan DUN Saribas selama tidak kurang daripada tempoh 5
tahun,
(c)
Berumur 23 tahun dan ke atas,
(d)
Tidak berdaftar atau bukan
ahli berdaftar mana-mana pertubuhan parti politik di Malaysia,
(e)
Mempunyai
rekod yang bersih iaitu tidak muflis, bebas dari rasuah, tidak pernah dipenjara
atau didenda atas sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah sivil dan syariah,
(f)
Bukan
penagih, menyalahguna atau pengedar dadah,
(g)
Menandatangani
surat akujanji untuk taat setia sepanjang masa kepada KIAS,
(h)
Hanya
layak memohon setelah genap dua (2) tahun sebagai ahli Patriot,
(i)
Boleh
menghadiri mesyuarat agung, layak mengundi, dibolehkan untuk bertanding atau
memegang apa-apa juga jawatan dalam KIAS,
(j)
Status
keahlian ialah sepanjang hayat (atau sehingga ahli memohon untuk berhenti
ataupun diberhentikan kerana tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin dan
Tatatertib), dan
(k)
Jika
permohonan diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk, pemohon dikehendaki
untuk membayar yuran seperti berikut:
i. Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 dan
ii. Yuran keahlian sebanyak RM360.00.
5.2.3 Permohonan
sebagai ahli Patriot
(a)
Dipelawa kepada pemastautin
yang berasal (lahir) dalam kawasan persempadanan pilihanraya Dewan Undangan
Negeri (DUN) Saribas,
(b)
Pemastautin
yang sedang berkhidmat dalam kawasan DUN Saribas selama tidak kurang daripada
tempoh 3 tahun,
(c)
Berumur 21 tahun dan ke atas,
(d)
Tidak berdaftar atau bukan
ahli berdaftar mana-mana pertubuhan parti politik di Malaysia,
(e)
Mempunyai
rekod yang bersih iaitu tidak muflis, bebas dari rasuah, tidak pernah dipenjara
atau didenda atas sebarang sabit kesalahan jenayah oleh mahkamah sivil dan
syariah,
(f)
Bukan
penagih, menyalahguna atau pengedar dadah,
(g)
Menandatangani
surat akujanji untuk taat setia sepanjang masa kepada KIAS,
(h)
Boleh
menghadiri mesyuarat agung, layak mengundi,
dibolehkan untuk bertanding atau memegang apa-apa juga jawatan dalam
KIAS setelah dua (2) tahun sah menjadi ahli,
(i)
Status
keahlian adalah tetap selagi ahli membayar sumbangan tahunan (atau ahli memohon
untuk berhenti ataupun diberhenti-kan kerana tindakan tatatertib oleh
Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib), dan
(j)
Jika
permohonan diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk, pemohon dikehendaki
untuk membayar yuran seperti berikut:
i. Yuran pendaftaran sebanyak RM5.00, dan
ii. Sumbangan tahunan sebanyak RM12.00 setahun dan perlu
bayar setiap 1 Januari.
5.3 Prosedur
Pemohonan Sebagai Ahli
5.3.1 Borang permohonan (KIAS:ESP.2011) boleh didapati
daripada Setiausaha Kehormat, dan pemohon perlu membayar RM2.00 untuk setiap borang,
5.3.2 Tiap-tiap
permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 (dua) orang ahli
dan dikemukakan dan diserah kepada Setiausaha Kehormat bersama bayaran yuran
pendaftaran dalam bentuk tunai mengikut kategori ahli (bayaran melalui cek,
bank draf ataupun bon tidak dibenarkan),
5.3.3 Manakala yuran keahlian dan sumbangan tahunan
hendaklah dibayar kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu di dalam masa 14
(empat belas) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan,
5.3.4 Jawatankuasa
boleh melulus atau berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi alasan melalui
mesyuarat jawatankuasa setelah proses saringan ataupun tapisan kesahihan, dan
5.3.5 Keputusan pemohonan sebagai ahli akan dikeluarkan
oleh Jawatan-kuasa Induk dalam tempoh 30 hari tarikh permohonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan