Sabtu, 12 Mei 2012

Prospek Dasar & Elemen Identiti KIAS

Fasal 3: Prospek Dasar KIAS
3.1    Fungsi: 
          3.1.1   Menjana, mengerat dan memperkasa hubungan komuniti,  memelihara
                      kebajikan ahli serta mendokong dan menyokong dasar serta wawasan 
                      negara,
          3.1.2   Menterjemahkan penyertaan komuniti kepada kerajaan sebagai pakej 
                      inisiatif ideal dalam pembangunan sosial dan ekonomi, dan
          3.1.3   Merangka pelan formasi persekitaran sosial komuniti yang lebih dinamik, 
                      sejahtera dan arif meniti arus transformasi Negara.

3.2    Visi: “Nadi Penjana Patriotisma Warisan Bangsa

3.3    Misi:

3.3.1   Menjadikan komposisi komuniti yang bermaklumat, beridentiti, kompiten dan berjiwa negara,

3.3.2   Merealisasi dan membudayakan trend sokongan ikhlas rakyat sebagai wadah kesetiaan kepada kerajaan memerintah, dan

3.3.3   Membina formasi minda pewaris negara untuk memiliki sikap “Keikhlasan, Amanah dan Kesetiaan” yang tinggi dan kukuh kepada agama, bangsa dan negara.

3.4    Objektif:

3.4.1   Ke arah komuniti  yang lebih berdikari, berdaya saing dan cemerlang,

3.4.2   Menjadikan komuniti yang responsif dan mengoptimumkan sumber modal insan untuk menghimpun sokongan secara kolektif, dan

3.4.3   Mewujudkan struktur tamadun komuniti yang kuat, kukuh, dan ber-kekalan.
Logo KIAS melambangkan identiti kelab yang merangkumi semua aspek yang terkandung dalam matlamat, visi, misi dan objektif persatuan ini yang berpaksikan motto Ikhlas, Amanah dan Setia. Oleh itu adalah menjadi harap agar semua ahli yang menganggotai kelab ini harus memberi komitmen dan bertanggungjawab ke atas kelab ini dengan menjalankan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan sentiasa menjaga nama baik kelab.

Fasal 4: Elemen Identiti KIAS

3.1    Motto: “Ikhlas Amanah Setia”

  3.1.1  Semua ahli KIAS menjadikan pengertian IKHLAS itu sebagai paksi teras 
             untuk menyuburkan sumbangan karya minda dalam agenda pertubuhan,

  3.1.2  AMANAH merupakan tuntutan yang perlu diperjelaskan dari pelbagai sudut dan 
             aspek secara timbal balik antara KIAS dan semua ahli, dan

  3.1.3  SETIA adalah tonggak kepada semua ahli meneraju KIAS dalam usaha untuk  
             menterjemahkan kesetiaannya kepada Bangsa, Agama dan Negara.

3.2    Logo

  3.2.1  Logo KIAS diolah melalui formasi huruf “K” iaitu singkatan perkataan “KIAS” 
             yang berwarna biru laut, berkedudukan secara dekorasi bertautan yang  
             berperantaraan perisai berwarna merah hati dengan lakaran berbentuk badan 
             manusia berwarna kuning keemasan.

 3.2.2  Tiga (3) lapis lingkaran warna biru sebelah kiri (mewakili tiga (3) misi) yang 
           merentasi formasi di atas dan kemudian diakhiri dengan satu (1) lapis lingkaran  
           biru disebelah kanan (sebagai natijah tercapainya satu (1) visi KIAS.

3.2.3   Formasi logo ini diilhamkan sebagai simbol bahawa KIAS wujud ber-paksikan elemen-elemen fitrah kemanusiaan iaitu ikhlas, amanah dan setia.

3.2.4   Rekabentuk logo adalah seperti di atas.

3.2.5   Pemilihan dan pengertian disebalik warna pada logo membawa makna atau maksud seperti berikut:

(a)  Merah Hati               -  Ketulusan (Ikhlas)

(b) Biru Laut                  -  Iltizam (Amanah)

(c)  Kuning Keemasan    -  Jati diri (Setia) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan